|
PENDAFTARAN LAMAN WEB ANDA
PENGENALAN
Mendaftar laman web adalah wajib jika ada mahukan masa depan laman
web anda lebih cerah. Jika anda mencari cara untuk laman web anda
dikenali ramai, anda perlu memperkenalkan laman web anda pada masyarakat
yang anda mahukan. Selain daripada enjin carian yang terdapat di dunia
ini, seperti google.com, msn.com dan sebagainya, anda kini ada pilihan
untuk menyertai komuniti setempat khas untuk rakyat Malaysia sahaja.
JENIS LAMAN WEB YANG DITERIMA
Kami menerima hampir semua jenis laman web seperti Blog samaada anda
menggunakan wordpress, blogspot dan sebagainya. Kami juga menerima laman
web statik, portal, forum, shopping cart, tidak kira apa jenisnya
asalkan dalam kumpulan laman web dan tidak kira untuk apa tujuan laman
web itu diwujudkan samada perniagaan atau bukan perniagaan, diterima.
Walaubagaimanapun kami tidak menerima laman web dimana isi kandungannya
bercanggah dengan undang-undang Malaysia ataupun Agama.
CARA MENDAFTAR
Mendaftar laman web anda disini amat mudah. Anda boleh memasukkan
seberapa banyak halaman web anda pada bila-bila masa. Halaman web anda
akan di lawati enjin carian kami dalam masa 2 hingga 3 hari sahaja. Anda
boleh mendaftar tanpa memerlukan anda mendedahkan siapa anda, nama anda,
alamat dan sebagainya semata-mata mahu disenaraikan kedalam perpustakaan
alamat laman web kami. Cukup anda memasukkan kod javascript dibawah
untuk mempelawa enjin carian kami ke alamat laman web anda. Kod
javascript tersebut serta butang yang akan mucul
adalah seperti dibawah,
Pilih salah satu sahaja,
|
PILIHAN 1
<SCRIPT language=JavaScript src="http://search-malaysia.web-popular.com/submit.js"></SCRIPT> |
|
PILIHAN 2
<SCRIPT language=JavaScript src="http://search-malaysia.web-popular.com/submit2.js"></SCRIPT>
|
|
PILIHAN 3
(tiada apa-apa banner akan dipaparkan)
<SCRIPT language=JavaScript src="http://search-malaysia.web-popular.com/submit3.js"></SCRIPT>
|
Letaklah kod tersebut kedalam mana-mana halaman yang anda mahu
daftarkan. Dimana anda mesti letakkan pada source code laman web anda
selepas tag <body> tetapi sebelum tag </body>
Anda letaklah mana-mana ikut kesukaan hati anda, diatas, dibawah,
dalam kotak, tepi kotak dan sebagainya. Dalam masa 3-4 hari laman web
anda akan tersenarai dalam enjin carian ini. Untuk pastikan halaman web
anda tersenarai, anda boleh memeriksanya dengan memasukkan alamat / url
laman web anda pada kekotak search/topik diatas.
BAGAIMANA KOD TERSEBUT BERFUNGSI
Katakan anda telah memasang kod javascript pada laman web tersebut.
Apabila anda atau sesiapa melawat laman web tersebut ,kod javascript
tersebut akan di aktifkan dan memberitahu halaman web tersebut aktif dan
enjin carian kami akan diarah untuk pergi kelaman web tersebut. Laman
web tersebut akan di analisa. Jika laman web tersebut belum di index
maka ia akan terus di index dan dimasukkan kedalam sistem enjin carian
kami. Untuk mengetahui sama ada laman web anda telah disenaraikan,
lawati link Senarai halaman web yang telah
direkod pada menu diatas.
Kod tersebut juga bertindak sebagai pembatal. Enjin carian kami
diarah untuk selalu melakukan kemaskini. Jika laman web tersebut ada
disenarai tetapi apabila enjin carian kami melakukan kemaskini semula
dan mendapati laman web tersebut tidak mengandungi kod maka halaman
tersebut akan dikeluarkan dari senarai dengan menganggap halaman web
tersebut sudah tidak lagi wujud.
Beberapa perkara yang enjin carian ini mengambil kira dalam memberi
ranking index adalah,
- Title laman web anda yang anda boleh kemaskini melalui diantara
tag <title> dan </title>
- Description, meta tag description anda mestilah sesuai dengan
kandungan anda.
- Isi kandungan, dimana satu page anda akan di ekstrak dan dikaji
oleh laman web ini.
Kami juga akan melawat secara manual bagi membasmi (ban) laman web
lucah dan menyalahi undang-undang agama.
PENUTUP
Harap anda gembira, terima kasih.
|